PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, walaupun ketiadaan pemangkin baharu dan suasana dagangan yang lemah semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina. Menurut laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI menokok 5.19 mata kepada 1,517.47, daripada penutup Jumaat lalu pada 1,512.28 mata. Indeks barometer dibuka 0.35 mata lebih tinggi pada 1,512.63. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi pada 159 berbanding 93, manakala 220 kaunter tidak berubah, 1,815 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 87.57 juta unit bernilai RM47.83 juta. Firma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya