BMW perkenal BMW iX serba baharu

BMW perkenal BMW iX serba baharu

BMW iX xDrive50 Blue Ridge Mountain Atelier Black
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: BMW Malaysia perkenal BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 serba baharu yang didatangkan dengan teknologi pengecasan terbaharu.

Ia membuktikan komitmen mereka terhadap janji ‘Sheer Electric Driving Pleasure’ dengan iterasi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 yang serba baharu.

Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan berkata, syarikat teruja untuk memperkenalkan BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60, menjadi satu lembaran yang signifikan dalam legasi BMW untuk mencorak alaf mobiliti berelektrik di Malaysia.

Kata beliau, menyusuli kedudukan BMW sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan elektrik (EV) premium di dalam negara, pengenalan model baharu itu turut mencerminkan komitmen syarikat untuk memajukan landskap mobiliti berelektrik di peringkat tempatan.

Katanya, dengan mempelbagaikan jentera BMW i yang ditawarkan di Malaysia, syarikat berhasrat untuk terus merealisasikan pengalaman pemilikan elektrik bertaraf premium buat para pelanggan.

“Kami telah membuka tirai tahun ini dengan memperkenalkan BMW X5 xDrive50e M Sport, dan kini pula sepasang jentera yang handal ini, maka para pelanggan dan juga peminat EV pasti teruja untuk menyaksikan apa lagi yang bakal menyusul pada tahun 2024,” katanya dalam kenyataan.

Menurut syarikat itu, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 kini didatangkan dengan AC Charging Professional secara

standard, menaik taraf keupayaan pengecasan kenderaan ini.

Katanya, fungsi pengecasan tersebut akan mengurangkan waktu pengecasan dengan signifikan, sama ada di rumah atau di stesen pengecasan AC awam, dengan adanya keupayaan pengecasan 22 kW yang baharu.

“Ia membekalkan sebuah pengalaman pengecasan yang lebih efisien dan menyenangkan, mengurangkan waktu pengecasan kedua-dua kenderaan ini secara signifikan, iaitu bawah lima jam 30 minit untuk pengecasan penuh dari sifar hingga 100 peratus.

“Dalam pada itu, kedua-dua jentera juga masih akan membawakan fungsi pengecasan berkuasa tinggi sehingga 195 kW, menyingkatkan proses pengecasannya dari sifar hingga 80 peratus hanya dalam tempoh 35 minit. 11kW AC Wallbox

Charger pula boleh mengecas kenderaan ini dari sifar hingga 100 peratus dalam tempoh 11 jam,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN