PETALING JAYA: IHH Healthcare Bhd. memaklumkan, Agilus Diagnostic Ltd. telah memutuskan untuk menarik balik permohonan tawaran awam permulaan (IPO) kepada Lembaga Sekuriti dan Bursa India (Sebi). Agilus Diagnostic merupakan anak syarikat Fortis Healthcare Ltd., syarikat bersekutu IHH Healthcare dengan kepentingan sebanyak 31.17 peratus. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IHH berkata, tindakan itu disebabkan “pertimbangan komersial dan dengan persetujuan serta perundingan bersama” pelabur persendirian Agilus dan pemegang saham, iaitu International Finance…










