Nama varian Innova daripada jenama Toyota ini sudah terlalu dikenali oleh rakyat tempatan. Ia antara kenderaan pelbagai guna (MPV) yang begitu popular, malah ia turut popular di Indonesia dengan nama Toyota “Kijang” ketika di awal pengenalannya. Innova yang dikenali dengan tempat duduk 3 barisan dikatakan sebagai MPV mampu milik bagi golongan pertengahan. Di Malaysia walau bagaimanapun, versi generasi kedua telah dilancarkan pada 2016, dan dipasang secara CKD di fasiliti Toyota…










