UMNO cadang kerajaan teliti 14 syor penambahbaikan RUU URA

UMNO cadang kerajaan teliti 14 syor penambahbaikan RUU URA

MRSM
ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti 14 syor penambahbaikan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU URA) yang dikemukakan UMNO sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jawatankuasa Khas UMNO mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu.

Beliau berkata, UMNO tegas berpendirian bahawa tidak menentang pembangunan bandar, namun RUU URA ini perlu diperbaiki dan ditambah baik termasuk beberapa pindaan yang harus diperhalusi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawatankuasa Khas UMNO Mengenai URA ini telah melakukan beberapa siri libat urus termasuk Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada 3 Oktober 2025 lalu dengan meluluskan 14 syor cadangan penambahbaikan RUU URA. 

“UMNO menegaskan bahawa RUU URA hanya wajar dibentangkan semula di Parlimen dalam bentuk baharu setelah semua cadangan penambahbaikan diambil kira,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini