PETALING JAYA: Sambal Rindu keluaran Far Cekap Enterprise (FAR) diperkukuhkan dengan sijil halal dan telah berjaya memasuki hampir 500 stesen Mesra Petronas di seluruh Malaysia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengasas FAR, Mohd. Yusoff Fauzi Ahmad Labib berkata, produknya perlu mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melangkah jauh. Jelas beliau, sijil halal itu seperti ‘tiket’ untuk menembusi ke pasaran tempatan yang lebih luas, terutama untuk dipasarkan di…