SBH IPO: memeterai perjanjian dengan KAF IB

SBH IPO: memeterai perjanjian dengan KAF IB terbit 180j saham baharu

SBH memeterai perjanjian pengunderaitan dengan KAF IB untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SBH Marine Holdings Berhad (SBH), pakar makanan laut beku bersepadu memeterai perjanjian pengunderaitan dengan KAF Investment Bank Berhad (KAF IB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Menurut kenyataannya, IPO tersebut melibatkan terbitan awam 180 juta saham biasa baharu (saham terbitan awam) dan tawaran untuk penjualan 50 juta saham biasa sedia ada.

Daripada 180 juta saham terbitan awam, 45 juta akan disediakan kepada orang awam Malaysia melalui pengundian, 36 juta disediakan kepada pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan SSBH dan anak syarikatnya.

Sementara itu, 61 juta lagi disediakan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) manakala baki 38 juta akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Katanya, 50 juta saham di bawah tawaran jualan itu akan disediakan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI.

Menurut perjanjian pengunderaitan, KAF IB akan menaja jamin sejumlah 81 juta saham terbitan awam yang disediakan kepada rakyat Malaysia dan pengarah, pekerja dan individu yang layak yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan SBH.

Pengarah Urusan Kumpulan SBH, Tan Boo Nam berkata, syarikat yang ditubuhkan sejak 2000 itu telah meletakkan dirinya sebagai kumpulan pemprosesan makanan laut beku terkemuka dengan asas kukuh dalam penternakan udang akuakultur.

Katanya, penglibatan yang meluas merentasi rantaian bekalan memastikan pengeluaran produk makanan laut berkualiti tinggi yang mampan, memenuhi jangkaan pelanggan asasnya yang kebanyakannya antarabangsa.

“Kami amat gembira kerana mempunyai KAF Investment Bank sebagai penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal kami untuk IPO ini.

“Perjanjian pengunderaitan ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan korporat kami. Ia akan membolehkan kami meningkatkan keupayaan dalam pemprosesan makanan laut.

“Selain itu, membolehkan syarikat mengembangkan operasi penternakan udang akuakultur dan mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan produk makanan laut sejuk beku berkualiti tinggi kepada pelanggan kami di seluruh dunia,” katanya.

WYNCORP Advisory Sdn. Bhd. adalah penasihat kewangan korporat  untuk IPO SBH.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×