PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut minggu ini apabila dolar AS memperoleh kekuatan berbanding mata wang lain, kata penganalisis. Pada pukul 9.32 pagi, ringgit menyusut kepada 4.6835/6880 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada 4.6670/6745, memetik laporan Bernama. Laporan itu memetik Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, terdapat sedikit permintaan untuk dolar AS yang selamat berikutan kebimbangan geopolitik yang…










