PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini apabila peserta pasaran memerhati dengan teliti dan bersiap sedia untuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari bermula hari ini. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS, berbanding penutup Isnin pada 4.7310/7360. Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata, mesyuarat FOMC minggu ini adalah sangat penting untuk prestasi…










