PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah pada awal dagangan pagi ini, hari pertama tahun baharu 2024. Memetik laporan Bernama, sentimen untuk mata wang tempatan kekal kukuh selepas menutup hari dagangan terakhir 2023 lebih tinggi dengan marginal 0.3 peratus. Menurut laporan itu, pada pukul 9 pagi ini, ringgit menambah nilai kepada 4.5910/5965 berbanding dolar AS, daripada penutup Jumaat lalu pada 4.5900/5980. Kumpulan AmBank berkata, ringgit mengukuh 0.3 peatus pada hari dagangan terakhir…










