Pencapaian prestasi industri binaan di Malaysia berada pada tahap yang membanggakan berdasarkan kadar pembangunan masa kini. Ketika negara terus menyaksikan pertumbuhan yang luar biasa dalam infrastruktur dengan kemunculan pelbagai projek mega, peranan juruukur bahan (quantity surveyor) dilihat semakin siknifikan sebagai satu kerjaya profesional. Jurukur bahan bertindak sebagai tulang belakang yang bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran projek pembinaan dari segi pengawalan kos serta jaminan kualiti bagi melahirkan dan mengekalkan pembangunan mampan. …