Pengguna Malaysia positif dengan prospek ekonomi

Pengguna Malaysia positif dengan prospek ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna Malaysia kekal positif berkaitan prospek ekonomi dan memberi tumpuan pada kesihatan kewangan jangka panjang mereka melalui simpanan, pelaburan dan insurans, menurut Kajian Sentimen Pengguna Asean (ACSS) 2023 UOB.

Kajian itu mendapati, pengguna Malaysia lebih optimistik tentang persekitaran ekonomi berbanding rakan Asean  lain, dengan kira-kira dua daripada tiga responden menjangkakan diri mereka akan berada dalam keadaan yang lebih baik dari segi kewangan menjelang Jun 2024.

Katanya, walaupun tiga daripada empat responden merasakan Malaysia berkemungkinan akan menghadapi kemelesetan ekonomi dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, sentimen suram ini telah menyederhana berbanding tahun sebelumnya.

“Dengan keyakinan ini, kira-kira 30 peratus pengguna Malaysia merancang untuk meningkatkan peruntukan mereka untuk simpanan, pelaburan dan insurans.

“Perbelanjaan untuk insurans mendahului senarai Baby Boomers, manakala Gen Z dan Y lebih tertumpu untuk meningkatkan simpanan mereka. Sebaliknya, Gen X pula mengutamakan pelaburan mereka,” kata dalam kenyataan.

Baby Boomers ialah mereka yang berumur antara 57 dan 65 tahun; Gen X berumur antara 41 dan 56; Gen Y, juga dikenali sebagai milenial adalah mereka yang berumur dari 25 hingga 40 tahun; dan Gen Z merujuk kepada sesiapa sahaja yang berumur antara 18 dan 24 tahun.

ACSS ialah tinjauan utama UOB, yang dijalankan dalam talian antara 1 Jun hingga 26 Jun tahun ini melibatkan 3,400 peserta di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam, dengan tumpuan khusus kepada 600 responden Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi UOB Malaysia, Ronnie Lim berkata, pihaknya menggalakkan rakyat Malaysia melabur dalam masa depan kewangan mereka.

“Dengan pandangan berharga daripada ACSS, kami boleh memahami dengan lebih baik tingkah laku pengguna untuk mempertajam fokus kami dan menawarkan penyelesaian perbankan yang lebih diperibadikan yang memenuhi keperluan dan pilihan unik mereka,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×