Panduan menjadikan rumah selamat untuk warga emas

Panduan menjadikan rumah selamat untuk warga emas

Pencahayaan yang mencukupi dalam rumah dapat membantu mencegah kemungkinan kecederaan atau kejadian yang tidak diingini.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI seorang anak yang prihatin, menjadi tanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa yang telah memasuki usia emas untuk menyediakan sebuah rumah dengan keadaan yang selamat buat mereka.

Dalam usaha memastikan ibu bapa kita berada dalam lingkungan yang selamat dan selesa di rumah, tugas ini amat penting untuk dilakukan.

Hal ini juga disebabkan mereka sudah terlalu berusia untuk tinggal di rumah yang kurang mesra warga emas memandangkan anak-anak tidak boleh memantau selalu disebabkan sibuk bekerja.

Dengan langkah-langkah yang bijak, kita mampu mencipta persekitaran di mana ibu bapa dapat menikmati tahun-tahun emas mereka dengan penuh kebahagiaan dan keamanan.

Berikut adalah panduan berdasarkan penelitian penulis dan  pengamatan dari laman sesawang Pearl Home Care dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong kehidupan berkualiti bagi golongan berharga ini.

 

  1. Penyusunan Perabot dan Ruangan

Kita mesti meletakkan pera­bot dan peralatan rumah disusun dengan teliti untuk memastikan laluan di dalam rumah bebas daripada halangan yang boleh menyukarkan pergerakan warga emas.

Pastikan ruangan diatur de­ngan cermat untuk memudahkan aksesibiliti dan pastikan tiada sebarang objek yang boleh menjadi bahaya seperti kaca dan barang berat.

 

  1. Pencahayaan yang Cukup

Pastikan setiap ruangan di dalam rumah mempunyai pencahayaan yang mencukupi, terutamanya di kawasan se­perti tangga, koridor, dan bilik mandi.

Pencahayaan yang baik dapat membantu mencegah kemungkinan kecederaan atau kejadian yang tidak diingini.

 

  1. Peralatan Keselamatan

Pasang peralatan keselamatan seperti pegangan tangan di kawasan seperti bilik mandi, bilik air, dan di sekitar tangga.

Peralatan keselamatan ini dapat membantu warga emas untuk mengekalkan keseimba­ngan dan mengurangkan risiko kecederaan.

 

  1. Penyediaan Alat Bantu Jalan

Jika perlu, sediakan alat bantu jalan seperti tongkat atau kerusi roda yang sesuai dengan keperluan warga emas.

Ini akan membantu mereka untuk bergerak dengan lebih selamat di sekitar rumah.

 

  1. Perbaiki Keadaan Lantai

Perbaiki keselamatan pergerakan di sekitar rumah dengan melepaskan permaidani atau tikar yang tidak terpasang dengan rapat dari lantai.

Selain itu, kita mesti gantikannya dengan memasang tikar atau karpet yang tidak licin supaya selamat untuk dipijak.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN