PETALING JAYA: PropertyGuru Malaysia harap pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan inflasi yang semakin menyederhana menjadikan pasaran hartanah lebih menguntungkan bagi pembeli rumah kali pertama menjelang pertengahan kedua 2024. Menurut Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah (PMO) PropertyGuru Malaysia 2024, pasaran hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2024 walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi. Pengurus Negara, Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), Sheldon Fernandez berkata, walaupun kekal mencabar, pihaknya tetap mempunyai pandangan optimistik yang berhati-hati terhadap pasaran…










