PETALING JAYA: Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengembangkan perniagaan mereka, kata Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Samenta Pusat, Datuk William Ng berkata, keputusan itu tepat kerana selaras dengan Indeks Harga Pengeluar (PPI) yang menunjukkan kadar inflasi semakin terkawal dan kesan kenaikan kos kepada PMKS turut semakin reda. Menurut beliau, OPR…










