MyIPO sasar 5,000 PMKS daftar IPR Marketplace 2.0

MyIPO sasar 5,000 PMKS daftar IPR Marketplace 2.0

DR. Mohd. Zuhan Mohd. Zain menyentuh skrin pelancaran portal IPR Marketplace 2.0 oleh MyIPO di Menara MyIPO, Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MylPO) menyasarkan seramai 5,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sebagai pemilik IP untuk suku pertama tahun 2024 bagi berdaftar dengan portal IPR Markertplace 2.0.

Bercakap kepada media, Pengerusi MyIPO, Dr. Mohd. Zuhan Mohd. Zain berkata, MylPO berhasrat menggalakkan kolaborasi usahawan tempatan menerusi IPR Marketplace ini bersama pihak berpotensi di pasaran global.

“Ia langkah penting membawa manfaat kepada PMKS tempatan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pengkomersialan harta intelek ke pasaran antarabangsa,” katanya selepas majlis pelancaran IPR Marketplace 2.0, di sini semalam.

Tambahnya, pemilik IP boleh mencari dan memfailkan semua Harta Intelek termasuk paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian dan petunjuk geographical.

Sementara itu, beliau berkata, IPR Marketplace 2.0 merupakan platform e-dagang dalam menyediakan akses kepada pemilik harta intelek meluaskan pasaran inovasi mereka.

Jelasnya, portal itu turut menyediakan maklumat Penilai Harta Intelek atau IP Valuer bagi mereka yang memerlukan penilaian terhadap harta intelek berdasarkan pasaran semasa.

Menurutnya, IP Valuer itu telah diiktiraf melalui Program IP Valuation Training yang dianjurkan oleh MylPO dengan kerjasama World Trade Institute (WTI) bagi memastikan penilaian harta intelek yang holistik dan berkualiti.

“MyIPO setakat sekarang sudah mempunyai 13 IP va­luer aktif daripada 23 telah berdaftar sebagai IP valuer,” katanya.

Dalam pada itu, beliau ber­kata, Malaysia antara negara terawal di ASEAN yang menyediakan perkhidmatan itu telah memperkenalkan portal IPR Marketplace pada 2014 sebagai platform pemasaran untuk mempromosikan aset harta intelek bagi tujuan pengkomersialan.

“Seiring perkembangan semasa, portal ini telah ditambah baik membolehkan pemilik harta intelek berinteraksi secara terus dan berkolaborasi dengan pihak yang berminat menjalankan aktiviti pelesenan, francais dan jual beli sesuatu harta intelek yang disenaraikan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×