Mah Sing Group (Mah Sing) menampilkan M Terra kediaman mampu milik jenis pangsapuri servis di atas 1.5 hektar tanah di Puchong, Selangor.
M Terra terletak di lokaliti penduduk matang yang mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi, yang menawarkan kemudahan yang selesa untuk seisi keluarga.
Pangsapuri servis ini terletak di lokasi strategik berhampiran dengan stesen transit aliran ringan (LRT) iaitu LRT Puchong Perdana dan LRT Puchong Prima kira-kira 500 meter.
M Terra juga berdekatan institut pendidikan antarabangsa dan berhampiran dengan beberapa hospital terkemuka, pusat membeli-belah serta hab hiburan yang menarik.
Selain berdekatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, M Terra juga berhampiran Bandar Sunway, Putrajaya dan Bukit Jalil, menjadikannya pilihan popular oleh pemilik rumah dan pelabur.
Sebanyak 25 peratus atau 250 unit rumah mampu milik ditawarkan kepada pembeli daripada 999 unit di M Terra turut dikenali sebagai pembangunan transit persekitaran daerah (Ted) di Puchong.
M Terra menawarkan pangsapuri servis 39 tingkat terdiri daripada tiga jenis kediaman iaitu jenis A dan B mempunyai dua bilik tidur manakala, jenis C mempunyai 3+1 bilik tidur.
Semua tiga jenis mempunyai binaan antara 549 hingga 1,259 kaki persegi dengan jualan bermula harga dari RM250,000.
Projek kediaman ini direka secara strategik untuk menyediakan penduduk akses berdekatan kepada pengangkutan awam, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mempromosikan gaya hidup yang lebih mampan.
Kediaman mampu milik tersebut juga berdekatan dengan tujuh lebuh raya utama seperti New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Bukit Jalil, Damansara – Puchong Expressway (LDP), Elite Expressway, South Klang Valley Expressway (SKVE) dan Maju Expressway (MEX).
M Terra turut dilengkapi dengan pelbagai ciri hijau seperti sistem penuaian air hujan dan stesen pengecas EV serta ciri gaya hidup lain seperti kolam sepanjang 50 meter, ruang kerja bersama, trek serta ruang kanak-kanak.-UTUSAN










