PETALING JAYA: Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) bersedia mengembangkan rangkaian armada dengan memperkenalkan 12 pesawat baharu pada 2024, termasuk Airbus 330-900 (A330neo) pertama, yang dijadualkan tiba pada suku ketiga (S3) tahun ini. Kumpulan itu menyasarkan untuk menerima empat A330neo tahun ini, bersama lapan Boeing 737-8 untuk menyokong pertumbuhan rangkaiannya. MAG berkata, ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Airbus, Rolls-Royce, dan Avolon pada Ogos 2022 untuk pemerolehan 20 A330neo yang dijadualkan dihantar…










