PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menaikkan had maksimum insentif caruman padanan kerajaan untuk program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun bermula 1 Januari 2024. Dana persaraan itu berkata, rakyat Malaysia berumur bawah 60 tahun, berada dalam sektor tidak formal termasuk bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap serta mencarum secara sukarela di bawah program itu akan menerima insentif padanan sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela. Ini tertakluk kepada had insentif maksimum RM500 setahun. Katanya, kerajaan juga akan terus memberi insentif berkenaan kepada setiap peserta i-Saraan yang mencarum, tertakluk kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya