KUALA LUMPUR: AGX Group Berhad (AGB) melancarkan prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) dengan Saham Terbitan Awam sebanyak 96.5 juta bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia). Bercakap kepada media, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AGX Group Berhad, Datuk Ponnudorai A/L Periasamy berkata, Syarikat dijangka mengumpul kira-kira RM33.78 juta daripada terbitan Saham Terbitan Awam. Menurut Ponnudorai, sebanyak RM16.44 juta akan digunakan untuk modal kerja…










