Figura International sasar tembusi pasaran Sabah

Figura International sasar tembusi pasaran Sabah

MOHD. HAFIZ KHALID menunjukkan antara produk keluaran Figura International.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International) menyasarkan lebih 10,000 ejen bagi menembusi pasaran Borneo tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Ekse­kutifnya, Mohd. Hafiz Kha­lid, setakat ini, terdapat 7,000 ejen di seluruh negara yang memasarkan produk mereka.

“Pada tahun ini, kami berhasrat menyasarkan produk untuk memasuki pasaran Borneo (Sabah) kerana menerima sambutan yang baik termasuk testimoni melalui ejen di sana.

“Kami percaya produk Figura International ini akan dapat dipasarkan di seluruh Malaysia termasuk pasaran Borneo ini,” katanya ketika ditemui dalam program santai bersama media kelmarin.

ANTARA produk yang dikeluarkan oleh Figura International.

Menurut beliau, kini pihaknya telah mempunyai lima produk iaitu Jus Figura S, Figura coffee latte, Figura Lotion perfect, Figura junior serta produk terbaru, Figura Goats Milk.

“Figura Goats Milk ini adalah produk susu pertama yang mengandungi hempedu bumi dimana dipercayai baik untuk kesihatan dalaman yang menggunakan herba Hempedu Bumi sebagai salah satu bahan utama,” katanya.

Tambah Mohd. Hafiz lagi, pada tahun ini, pihaknya berhasrat mencapai sasaran jualan sehingga RM10 juta berbanding 2023, jualan sebanyak RM5 juta.

“Sehingga kini, lebih 8,000 kotak Figura Goats Milk yang merupakan produk terbaru kami telah terjual setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Figura International telah mendapat maklum balas yang baik sehingga 60 peratus daripada pelanggan di semenanjung.

“Beberapa negeri, Sabah, Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah mendapat kuasa beli yang tinggi. Ini merupakan respon positif yang diterima dari pada ejen kami,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×