Esentiq Pharma jadi pengedar eksklusif

Esentiq Pharma jadi pengedar eksklusif

SYED Najib Syed Mustaffa (tengah) bertukar dokumen dengan Zulhazri Razali pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama di Hotel Armada di sini, baru-baru ini.-UTUSAN/HENDRA WINARNO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Esentiq Pharma Sdn. Bhd. (Esentiq Pharma) menjalinkan kerjasama dengan Pharmaniaga Marketing Sdn. Bhd. sebagai pengedar eksklusif bagi produk Baraka dan Citrex Vit C.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Urusan Esentiq Pharma, Syed Najib Syed Mustaffa berkata, Esentiq Pharma menyasarkan jualan sebanyak RM4.5 juta bagi kedua produk itu untuk tahun ini.

“Esentiq Pharma bermula dengan hanya satu produk dan kini mempunyai lapan produk teras seperti Anuric, Adrine Plus, Andro Plus 200, Afrikaans, Lady Balance dan Medissen, termasuk Baraka serta Citrex Vit C,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas majlis menandatangani perjanjian dan ulang tahun ketujuh Esentiq Pharma di Hotel Armada di sini, baru-baru ini.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Syed Najib dan Naib Presiden Eksekutif Bahagian Komersial Pharmaniaga Berhad, Zulhazri Razali.

Syed Najib berkata, melalui perjanjian tersebut, Esentiq Pharma akan menjadi pengedar produk Baraka dan Citrex Vit C, manakala Pharmaniaga Marketing sebagai pengedar kepada syarikat itu.

Tambahnya, perjanjian itu satu peluang besar bagi Esentiq Pharma dalam menjalin kerjasama dengan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seperti Pharmaniaga Marketing.

Jelasnya, kolaborasi itu merupakan satu daripada kerjasama yang sihat antara syarikat GLIC dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri nutraseutikal.

Dalam pada itu, Syed Najib berkata, kerjasama yang baik dengan GLIC penting kerana secara tidak langsung membantu perkembangan syarikat PKS di Malaysia selaras dengan dasar kerajaan.

“Malaysia mempunyai banyak syarikat PKS yang mempunyai produk berkualiti seperti kelapa sawit, namun pemasarannya masih lemah. Jadi, GLIC memainkan peranan besar dalam membantu syarikat tempatan itu,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN