Bursa Malaysia ditutup tinggi, cecah paras tertinggi hampir setahun

Bursa Malaysia ditutup tinggi, cecah paras tertinggi hampir setahun

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meneruskan trajektori menaik minggu ini dan berakhir pada paras tertinggi dalam hampir setahun berikutan belian kukuh dalam saham wajaran tinggi diketuai oleh YTL Corp Bhd. dan YTL Power International Bhd, kata penganalisis.

Memetik laporan Bernama, indeks serantau utama juga berakhir lebih tinggi apabila pemburuan untung muncul berikutan penjualan baru-baru ini dengan tumpuan kepada saham kewangan.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 0.7 peratus atau 10.35 mata untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada 1,487.61 daripada 1,477.26 penutup semalam.

Indeks penanda aras dibuka 0.37 mata lebih rendah pada 1,476.89 dan mencapai paras rendah 1,476.85 pada sesi awal pagi sebelum mendapat momentum untuk arah aliran menaik sepanjang baki dagangan harian.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 745 berbanding 351, manakala 417 kaunter tidak berubah, 707 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun iaitu 6.62 bilion unit bernilai RM3.72 bilion berbanding 6.37 bilion unit bernilai RM3.82 bilion pada Khamis.

Pada sebelah pagi, Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur dengan jangkaan berkemungkinan akan menjejaki pergerakan pasaran serantau serta prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street.

pada pukul 9.08 pagi, FBM KLCI naik sedikit sebanyak 0.62 mata kepada 1,477.88, daripada penutup semalam 1,477.26.

Indeks penanda aras dibuka 0.37 mata lebih rendah pada 1,476.89. Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 229 berbanding 152, manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,513 lagi tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebelah pagi berjumlah 405.90 juta unit bernilai RM117.61 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×