Bursa dibuka bercampur-campur, kaunter untung atasi rugi

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur, kaunter untung atasi rugi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pagi ini dan berkemungkinan akan menjejaki pergerakan pasaran serantau serta prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street.

Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.08 pagi, FBM KLCI naik sedikit sebanyak 0.62 mata kepada 1,477.88, daripada penutup semalam 1,477.26.

Indeks penanda aras dibuka 0.37 mata lebih rendah pada 1,476.89.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 229 berbanding 152, manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,513 lagi tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 405.90 juta unit bernilai RM117.61 juta.

Mengulas prestasi Bursa semalam, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata, KLCI akhirnya `dihidupkan’ susulan kemasukan pembeli secara meluas.

Beliau berkata, Indeks berjaya melepasi paras 1,465 untuk ditutup pada 1,480 dengan aliran menaik kelihatan mampan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras akan berada dalam julat 1,475 hingga 1,485 hari ini, memandangkan pengumpulan saham besar berterusan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corp Bhd. naik empat sen kepada RM2.09 sesaham, Tenaga Nasional Bhd. susut 10 sen kepada RM10.32, QL Resources Bhd. menambah enam sen kepada RM5.78. Sementara itu, YTL Power International Bhd. meningkat tiga sen kepada RM3.03, IOI Corp Bhd. susut tiga sen kepada RM3.97, dan MR D.I.Y. Group (M) Bhd naik satu sen kepada RM1.45.

Sementara itu, sentimen di AS dilaporkan bercampur-campur, kerana pelabur kekal berhati-hati mengenai kadar faedah dan penilaian ekuiti AS yang berpanjangan.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng tidak berubah, berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih rendah daripada Rizab Persekutuan AS telah hilang.

Di pasaran minyak mentah, harga kekal lemah disebabkan peningkatan inventori AS menyebabkan minyak mentah Brent susut kepada AS$77 setong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×