LANGKAWI: BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. bagi pembangunan dalam sektor eko-pelancongan. Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kedua-dua pihak merancang untuk membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, di sini. Menurutnya, pembangunan tersebut melibatkan kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary di mana BDB Land…










