PEMAJU hartanah, LBS Bina Group Berhad menampilkan kawasan kediaman rumah teres dua tingkat yang dikenali sebagai Astella, pemandangan tasik di Puchong, Selangor.
Ini adalah satu lokasi terbaik dengan keluasan 7.938 ekar di Lembah Klang menawarkan ruang luar yang luas untuk keluarga.
Astella merupakan kawasan kejiranan terbaharu di Perbandaran D’ Island Residence yang pernah memenangi anugerah, membolehkan penduduk berada dalam sebuah kehidupan tenang hanya beberapa saat dari bandar.
Dikelilingi tasik seluas 1,000 ekar yang diberi keistimewaan oleh perbandaran D’ Island Residence yang indah, Astella memberikan daya tarikan gaya hidup seimbang menggabungkan akses bandar dengan ketenangan yang mempesonakan.
Astella adalah ‘syurga’ landskap dan kemudahan taman permainan yang meriah, gimnasium kecergasan luaran, astaka, taman serta gelanggang sukan pelbagai guna.
Selain itu, penduduk boleh menikmati ketenangan fikiran yang dilengkapi sistem keselamatan 24 jam menjadikan Astella sebuah tempat ‘perlindungan’ selesa dan selamat.

Terdapat dua jenis fasa sebanyak 155 unit iaitu, fasa 1 (76 unit) dan fasa 2 (79 unit).
Terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Lembah Klang, Astella di Puchong mempunyai akses ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam, yang membolehkan penduduk akses dengan mudah.
Astella juga berhampiran dengan pusat beli-belah terkemuka seperti Sunway Pyramid, Summit, IOI dan Lotus’s Puchong.
Selain itu, terdapat kemudahan pendidikan berhampiran seperti Sekolah Antarabangsa Fairview, Universiti Monash serta kampus Universiti Sunway, Lakeside Universiti Taylor.
Beberapa kemudahan kesihatan disediakan berdekatan seperti Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pakar KPMC Puchong, Columbia Asia Hospital dan Hospital Putrajaya.
Lokasi Astella berdekatan dengan laluan utama iaitu 16 Kilometer (km) ke USJ dan Subang Jaya, 19 km to Putrajaya, 25 km ke Mid Valley serta 35 km ke KLCC.
Maklumat lanjut mengenai Astella layari https://lbs.com.my/property/puchong-house-astella/ – UTUSAN










