Abu Samah dilantik Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC

Abu Samah dilantik Pengerusi Lembaga Pemantauan Audit SC

ABU SAMAH NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Tan Sri Abu Samah Nordin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Lembaga Pemantauan Auditnya (AOB) berkuat kuasa 5 Januari 2024.

Beliau menggantikan Datuk Anantham Kasinather, yang telah menamatkan penggal tiga tahunnya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif AOB pada 30 November 2023.

Menurut SC, Abu Samah membawa bersama pengalaman lebih 40 tahun dalam pelbagai kapasiti dalam agensi kerajaan dan perkhidmatan kehakiman.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Bahagian Komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1994, sebelum menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Komersial pada 1996.

“Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan, Shah Alam dan Melaka antara 1997 dan 2003.
Berikutan itu, Abu Samah kemudiannya menjadi Hakim di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2007.

“Beliau kemudiannya dinaikkan ke Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 sebelum bersara daripada perkhidmatan kehakiman pada 2018,” katanya dalam kenyataan.

SC berkata, latar belakang dan pengalaman Abu Samah akan meningkatkan lagi keberkesanan peranan pengawasan AOB dan memupuk kepercayaan terhadap kualiti penyata kewangan yang telah diaudit di Malaysia.

Suruhanjaya itu turut meramkan penghargaan ke atas Anantham sepanjang perkhidmatan beliau.

“SC ingin menzahirkan penghargaan kepada Anantham atas kepimpinan dan sumbangannya kepada AOB sepanjang tempoh perkhidmatannya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×