Samsung buka Samsung Experience Store di TRX Mall

Samsung buka Samsung Experience Store di TRX Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Samsung Electronics Malaysia mengumumkan pembukaan Samsung Experience Store Premium terbaharunya di pusat beli-belah TRX Exchange.

Samsung dalam kenyataan berkata, pembukaan kedai baharu itu tepat pada masanya untuk musim hadiah pada bulan Ini  yang menawarkan pengalaman runcit mendalam.

“Samsung Experience Store di TRX Exchange bertujuan mentakrifkan semula cara pelanggan berinteraksi dengan teknologi.

“Kedai ini akan mempamerkan spektrum penuh produk canggih Samsung termasuk telefon pintar, tablet, dan pelbagai aksesori,” katanya.

Dalam pada itu, Samsung menambah, Samsung Electronics Malaysia akan melancarkan pelbagai promosi eksklusif dan hadiah menarik.

“Promosi dan hadiah ini boleh didapati secara eksklusif di kedai TRX Exchange yang menjadikannya destinasi utama bagi peminat teknologi dan pembeli hadiah.

“Sebarang pembelian model Galaxy terpilih, pelanggan akan menerima Beg Hadiah Edisi Terhad Lilin+Co dan Lilin Wangi Mini 65 gram sebagai hadiah percuma sehingga 31 Disember 2023,” katanya.

Selain itu, Samsung berkata, pelanggan boleh menebus perkhidmatan pembalut telefon eksklusif dengan baucar di aplikasi Samsung Members dan mendapatkan setem Krismas.

“Kesemua promosi dan hadiah tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN