PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila pelabur kekal berhati-hati sementara menunggu panduan ke hadapan dalam keadaan turun naik pasaran global, kata penganalisis. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6950/7025 berbanding dolar AS daripada 4.6920/6965 penutup semalam. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, unit tempatan itu dijangka diniagakan dalam julat yang ketat kerana pelabur bersedia…










