PETALING JAYA: Ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS disebabkan peserta pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini, kata penganalisis. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6815/6888 berbanding dolar daripada penutup semalam pada 4.6830/6855. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, sebarang tanda kecenderungan `dovish’ (polisi monetari berdiplomasi) oleh Rizab Persekutuan AS akan menjadi positif bagi…










