Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi ini, disokong oleh perkembangan luaran yang positif.

Pada pukul 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6575/6625 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutup Jumaat lalu pada 4.6710/6760, memetik laporan Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS minggu depan.

Beliau berkata, tumpuan utama akan diberikan kepada senarai gaji bukan ladang (NFP) AS, kerana ini akan memberikan petunjuk untuk kekuatan dalam pasaran buruh, yang bergema dengan baik dengan mandat dua Rizab Persekutuan (Fed), salah satunya adalah untuk mencapai pekerjaan maksimum.

“Sekiranya NFP lebih rendah daripada jangkaan, perbincangan tentang kemungkinan perubahan dalam pendirian monetari akan mendapat lebih perhatian. Buat masa ini, ia akan menjadi dagangan berhati-hati (untuk ringgit), kerana Fed masih dianggap berhati-hati terhadap risiko inflasi,” katanya, menurut laporan itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan sekumpulan mata wang utama, kecuali euro yang terus meningkat kepada 5.0641/0695 daripada 5.0900/0954 pada Jumaat.

Mata wang tempatan susut berbanding pound sterling kepada 5.9038/9122 daripada 5.9014/9077, dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.1777/1813 daripada 3.1591/1627 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.

Ringgit lebih tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 300.7/301.2 daripada 301.5/302.1, dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.43 daripada 8.43/8.44 pada Jumaat.

Mata wang tempatan hampir mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.4927/4967 daripada 3.4973/5016, tetapi susut berbanding baht Thailand kepada 13.3952/4153 daripada 13.3301/3505 pada Jumaat lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×