RE: TNB sedang memuktamad perkongsian, kaji kebolehlaksanaan

RE: TNB sedang memuktamad perkongsian, kaji kebolehlaksanaan

BAHARIN Din berucap di Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSi) Ke-24 di China, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang memuktamadkan perkongsian serta menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi pemba­ngunan Zon Tenaga Boleh Baharu (RE) untuk Solar Berskala Besar (LSS) dan Hibrid Solar Fotovoltik (PV) Terapung dengan kapasiti kukuh berjumlah 2,500 MW.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, selain itu, TNB turut meneroka projek pembakaran bersama (co-firing) yang melibatkan hidrogen dan ammonia, menunjukkan komitmen yang jelas terhadap inovasi dan kelestarian.

Baharin menyatakan, TNB sedang mempercepatkan inisia­tif-inisiatif penting di bawah Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang sejajar dengan Pelan Peralihan Tenaga (ETP) kami, merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan elektrik.

“Inisiatif ini merupakan langkah utama dalam perjalanan kami memenuhi komitmen dan aspirasi kelestarian sekaligus mengukuhkan landasan pertumbuhan perniagaan mapan.

“Malah, TNB sedang giat meneguhkan pelan perniagaan dalam tempoh dua tahun ini bagi pengeluaran hidrogen mencakupi penggunaan domestik dan eksport. Hidrogen hijau memainkan peranan utama dalam inisiatif co-firing TNB di bawah seliaan TNB Genco.

“Loji-loji janakuasa gas masa depan dilengkapi dengan teknologi hidrogen dijadualkan untuk beroperasi mulai tahun 2030, menerajui pembekalan tenaga elektrik dengan pelepasan karbon yang jauh lebih rendah, katanya dalam kenyataan.

Baharin menegaskan, komitmen TNB dalam menyokong Malaysia sebagai pusat data serantau dengan memperkenalkan Laluan Hijau – pemboleh ubah diwujudkan khusus bagi memastikan pembekalan elektrik adalah selaras keperluan jangka masa pembangunan pusat data.

Kata beliau, laluan Hijau adalah inisiatif eksklusif yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran pusat data dengan mempercepatkan solusi bekalan elektrik melalui pengura­ngan masa pelaksanaan dari 36 hingga 48 bulan kepada hanya 12 bulan.

“TNB turut menyediakan Pusat Sehenti (OSC) untuk pelabur pusat data dan menjangkakan potensi permintaannya meningkat melebihi 4,300 MW menjelang 2035,” katanya.

Dalam ucaptama pada Persidangan Industri Bekalan Tenaga Elektrik (CEPSi) Ke-24 di China baru-baru ini, Bahrin berkata, TNB terus mengukuhkan janjinya untuk meneraju peralihan tenaga di malaysia dengan giat meneroka projek-projek transformasi tenaga boleh baharu.

Baharin turut mengariskan betapa pentingnya kerjasama antara ASEAN dan China dalam usaha berterusan bagi mencapai aspirasi Sifar Bersih.

“Kedua-duanya bukan sekadar mendakap aspirasi sifar bersih, tetapi mengemudi pacuan peralihan tenaga global, mengorak langkah masa depan rendah karbon serta mempercepat pertumbuhan ketara ekonomi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×