Pelabur asing kekal pembeli bersih ekuiti tempatan

Pelabur asing kekal pembeli bersih ekuiti domestik untuk minggu kedua

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti domestik di Bursa Malaysia berjumlah RM112.3 juta untuk minggu kedua berturut-turut.

MIDF Research dalam Laporan Aliran Dana minggu berakhir 22 Disember 2023 berkata, setiap hari dagangan kecuali Isnin menyaksikan aliran masuk pelaburan asing bersih sepanjang minggu ini.

Katanya, pelabur asing menjadi penjual bersih pada Isnin pada harga sebanyak RM26.5 juta.

“Saham yang mengalami aliran keluar paling banyak pada hari ini ialah Public Bank Berhad (RM37.2 juta), RHB Bank Berhad (RM27.4 juta) dan Gamuda Berhad(RM14.0 juta).

“Bagi minggu ini, tiga sektor teratas dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM202.0 juta), teknologi (RM23.3 juta) dan hartanah (RM18.3 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah penjagaan kesihatan (RM69.4 juta), produk dan perkhidmatan pengguna (RM40.7 juta) dan utiliti (RM28.2 juta),” katanya di sini semalam.

Firma penyelidikan itu berkata, selepas dua minggu berturut-turut pembelian bersih, institusi tempatan bertukar menjadi penjual bersih pada RM106.7 juta.

Menurutnya, sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih tertinggi oleh kumpulan pelabur ini ialah perkhidmatan kewangan (RM384.3 juta).

“Peruncit tempatan terus menjadi penjual bersih ekuiti domestik selama dua minggu berturut-turut, berjumlah RM5.6 juta. Jumlah ini jauh lebih sederhana berbanding angka minggu sebelumnya pada RM225.5 juta.

“Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan kecil dalam purata volum dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan (+0.9 peratus) dan institusi tempatan (+0.4 peratus), tetapi penurunan dalam kalangan pelabur asing (-29.0 peratus),” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×