KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dari Johor dinobatkan juara pertandingan Bounce & Bingo’ anjuran MR D.I.Y dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Moey Yen Ying and Ng Boon Pin menewaskan 15 pasukan lain dari seluruh Malaysia.
Pasangan tersebut mengatasi pasukan Sabah pada pusingan pertama, Melaka pada suku akhir, dan Selangor pada separuh akhir sebelum mengesahkan kejuaraan menentang pasukan Putrajaya dengan bingo dalam tempoh 17 saat.
Moey dan Ng berkata, pada awal kejohanan, mereka berdua amat gementar namun, mula mendapat momentum dan lebih tenang selepas beberapa pusingan sehingga memenangi pertandingan tersebut.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong kami dan terima kasih yang tidak terhingga kepada MR D.I.Y. untuk menganjurkan Bounce & Bingo.
“Kami tidak sabar untuk membeli-belah lagi di MR D.I.Y. pada masa hadapan, tetapi buat masa ini, kami tidak sabar untuk menjamu keluarga dengan hidangan yang lazat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh syarikat peruncit itu.
Kejohanan peringkat kebangsaan ini menawarkan hadiah bernilai sehingga RM25,000 termasuk wang tunai, baucar tunai, trofi dan pingat.
Selaku juara Moey dan Ng membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi, manakala naib juara pertama, Ahmad Daud Abdul Manan dan Rashid Mat Rani dari Putrajaya, membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan trofi.
Naib juara kedua ialah suami isteri dari Selangor, Mohd. Khairul Anuar Isa dan Nur Ikmal Ibrahim Bakri, membawa pulang trofi dan wang tunai RM3,000.
Dalam pada itu, Ketua Pemasaran MR D.I.Y, Alex Goh berkata, pertandingan pertama kali dianjurkan oleh MR D.I.Y. itu mendapat sambutan lebih 5,000 penyertaan bagi peringkat pertama kejohanan yang diadakan bermula dari 3 hingga 5 November lalu.
“Kami amat bangga kerana kejohanan ini telah menarik ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, termasuk peserta termuda kami, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Kedah yang berjaya ke pusingan akhir.
“Kesemua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat baik walaupun temasya itu sengit. Tahniah kepada semua peserta ‘Bounce & Bingo’ dan jumpa lagi pada tahun depan,” katanya.
Beliau berharap lebih banyak kejohanan seperti itu dianjurkan pada masa akan datang memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan.
“Dengan kejohanan ini, kami menyasarkan untuk menjadikan lawatan pelanggan kami ke kedai MR. D.I.Y. lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan dan berharap kami dapat menambah nilai kepada kehidupan mereka,” katanya.
Bounce & Bingo’ ialah pertandingan permainan MR D.I.Y. yang pertama kali dianjurkan.
Peringkat satu kejohanan telah diadakan antara 3 hingga 5 November di 48 MR D.I.Y. Kedai PLUS di seluruh Malaysia yang menarik sehingga 5,192 peserta. Peringkat Kedua dan peringkat akhir telah berlangsung di MR D.I.Y. PLUS Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 25 November lalu. – UTUSAN










