Matrix Concepts raikan kemeriahan Krismas

Matrix Concepts raikan kemeriahan Krismas di d’Tempat Country Club

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Syarikat pemaju hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) menyemarakkan perayaan Krismas pada bulan ini dengan hiasan pencahayaan dan bunga bertemakan Christmas Candyland di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini.

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts Group, Lim Kok Yee berkata, aktiviti yang diadakan secara tahunan merupakan sambutan terbesar syarikat itu dan pihaknya berbesar hati menjemput pihak berkepentingan komuniti untuk menyertai acara berkenaan.

“Kami sangat teruja untuk meraikan, bukan sahaja kegembiraan musim cuti yang akan datang tetapi juga perjalanan luar biasa Kumpulan Matrix Concepts sepanjang tahun lalu.

“Acara ini sebagai cara kami mengucapkan terima kasih kepada ahli komuniti dan pihak berkepentingan yang telah banyak menyokong kami dalam perjalanan yang luar biasa ini,” katanya di sini.

Beliau memberitahu, acara akan bermula pada Sabtu ini dengan majlis pelancaran berlangsung pada pukul 7 petang.

“d’Tempat Country Club akan lebih meriah dengan turut diadakan persembahan tarian mempesonakan daripada pertunjukan Fire Pyro dan penampilan Santa serta Santarina diiringi pelbagai aktiviti lain yang menarik.

“Sebagai kemuncaknya pertunjukkan bunga api yang menakjubkan juga diadakan pada malam perayaan Krismas dan dijadual berlangsung pada pukul 10 malam,” katanya.

Selain itu, katanya, orang ramai juga boleh menyertai aktiviti bengkel seperti menghasilkan kraf halia dan manisan serta perhiasan Krismas.

“Aktiviti bengkel hanya tersedia untuk kemasukan percuma kepada orang ramai pada  Sabtu dan Ahad, mulai 9 Disember 2023 dan seterusnya,” katanya yang memberitahu orang ramai yang mahu menyertai acara itu boleh membuat pendaftaran percuma menerusi laman web www.matrixcandyland.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN