PETALING JAYA: Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 99 indikator menunjukkan peningkatan positif pada tahun 2022, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Ketersediaan indikator pada 2022 meningkat kepada 79 peratus (195 indikator) berbanding 71 peratus (175 indikator) pada tahun sebelumnya. “Daripada keseluruhan 195 indikator, sebanyak 146 data tersedia bagi tahun 2022. Sejumlah 68 peratus…










