PUTRAJAYA: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dijangka dapat menjimatkan kos elektrik sehingga 30 peratus sebulan menerusi pemasangan sistem solar panel di 15 fasilitinya di seluruh negara. Penjimatan itu diperolehi menerusi konsesi pemasangan solar panel selama 21 tahun antara KTMB, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Radiance Sdn. Bhd. (Radiance). Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, secara keseluruhan, KTMB menanggung kos elektrik bulanan di semua fasilitinya…










