Johor Port, operator Feeder jalin kerjasama

Johor Port, operator Feeder jalin kerjasama

SEBAHAGIAN peserta mengikuti bengkel dan pameran berkaitan industri kargo anjuran Johor Port di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Port Berhad (Johor Port) ahli Kumpulan MMC, dan Konsortium Feeder termasuk Sea Navigator, MTT, Latitude dan LKC, telah menganjurkan pameran berkenaan “Creating Pathways to the Indonesian Outport Business.”

Pameran tersebut satu daripada inisiatif strategik Johor Port untuk membangunkan dan menjamin jumlah kendalian kontena melangkaui sempadan biasa pelabuhan dengan memanfaatkan Pasaran Luar Indonesia.

Menurut Jor Port, pameran diadakan pada 7 Disember 2023 di Oasia Hotel Downtown, Singapura dengan objektif utama meletakkan asas bagi Operator Feeder yang berpotensi mewujudkan langkah pertama bagi kesinambungan untuk memindahkan Kargo Intra Asia dari Batam Hinterland ke Pasir Gudang.

“Lebih 50 tetamu dari syarikat perkapalan laut utama, NVOCC dan Indonesia Shipper seperti Indah Kiat Pulp & Paper (IKPP) dan Riau Andalan Pulp & Paper (RAPP) telah hadir untuk acara ini,” katanya dalam kenyataan.

Majis itu turut hadiri, Mohammad Iqbal dari PT PERSERO Batam dan Dendi Gustinadar dari BP Batam.

Johor Port ialah Pelabuhan Serbaguna bersepadu terletak di bahagian Timur Johor yang menyediakan rangkaian perkhidmatan pelabuhan komprehensif untuk memenuhi keperluan individu bagi semua pengguna pelabuhan.

Pelabuhan itu mengendalikan 5 Terminal dengan 24 dermaga sepanjang 4.9 kilometer yang menyediakan perkhidmatan untuk Kontena, Pukal Kering, Pukal Pecah dan Cecair dan diiktiraf sebagai Southern Gateway Multipurpose Port di rantau ini.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif “Creating Pathways to the Indonesian Outport Business”, Johor Port telah memastikan kemudahan tersedia untuk mengendalikan kedua-dua Kontena transhipment masuk dan keluar dari Batam.

“Operator Perkapalan Utama yang kini menggunakan Pasir Gudang juga menawarkan rangkaian dan liputan yang sangat baik untuk rantau Intra Asia,” jelasnya.

Tambahnya, Johor Port merancang untuk menambah rangkaian tambahan ke Asia Selatan dan Asia Barat melalui Johor Port Terminal dengan Operator Feeder seperti Sea Navigator, MTT, Latitude dan LKC yang menyediakan 2 pelayaran dalam seminggu antara Batam dan Pasir Gudang.

“Lebih banyak pelayaran mingguan akan ditambah apabila jumlah kendalian kargo meningkat dan Operator Feeder akan menawarkan pengangkutan yang lebih kompetitif berbanding memindahkan kargo melalui Hab lain untuk transhipment,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×