PETALING JAYA: Eksport Malaysia pada November 2023 susut 5.9 peratus atau RM7.6 bilion kepada RM122.2 bilion didorong terutamanya oleh pengurangan eksport barangan elektrik dan elektronik, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, eksport domestik bernilai RM95.9 bilion yang menyumbang 78.5 peratus kepada jumlah eksport, berkurang 7.4 peratus. Manakala, eksport semula berjumlah RM26.2 bilion, menokok secara marginal 0.1 peratus berbanding November 2022. Import …










