Co-opbank Pertama, Tru Mix jalin kerjasama

Co-opbank Pertama, Tru Mix jalin kerjasama

MAJLIS pemeteraian kerjasama antara Co-opbank Pertama dan Tru Mix Sdn. Bhd.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) dengan kerjasama True Mix Sdn. Bhd. memberi peluang kepada orang ramai miliki alatan memasak Thermomix melalui pembiayaan di CBP.

Dalam kenyataan, Ketua Pegawai Perniagaan CBP, Mohd. Rafis Makhtar berkata, penyediaan pakej itu memberi segmentasi pasaran baharu CBP yang ingin memiliki Thermomix dan meningkatkan jumlah pelanggan baharu CBP.

“Produk Thermomix ini dilabel sebagai alat dapur serbaguna yang terkenal kerana berupaya  melakukan pelbagai menu masakan.

“Pelanggan  dapat  memiliki  Thermomix dengan bayaran bulanan yang sangat rendah kerana CBP menawarkan pakej yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan,” katanya.

Tambah Mohd. Rafis, kerjasama membantu CBP meningkatkan keterlihatan jenama CBP, di mana Thermomix  akan mengadakan demonstrasi penggunaan peranti di setiap aktiviti pemasaran CBP.

Terdahulu, CBP menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama True Mix Sdn. Bhd. yang ditandatangani oleh Mohd. Rafis dan Jenny Ooi dari True Mix Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif True Mix Sdn. Bhd., Jenny Oii berkata, pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan CBP yang merupakan salah satu institusi perbankan yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

“Kami percaya dengan kerjasama ini, pembiayaan Thermomix serendah RM3 sehari akan membolehkan ramai isi rumah untuk mampu memasak dengan lebih mudah dan memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×