PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, apabila pelabur kekal berhati-hati menjelang rumusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS lewat hari ini yang akan menentukan kadar faedah akhir tahun di negara berkenaan. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.20 pagi, indeks barometer kehilangan 2.69 mata kepada 1,444.43, berbanding penutupan semalam pada 1,447.12. FBM KLCI dibuka 1.04 mata lebih rendah pada 1,446.08. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung…










