PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi sedikit, menjejaki prestasi lebih baik di Wall Street semalaman, berdasarkan jangkaan aliran masuk dana asing berterusan ke bursa tempatan. Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.38 mata kepada 1,465.66 berbanding penutup semalam pada 1,465.28. FBM KLCI dibuka 1.28 mata lebih baik pada 1,466.56. Bagaimanapun, pasaran yang lebih luas sedikit negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter…










