PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini, berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di bursa serantau, kata peniaga. Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI susut 0.84 mata kepada 1,455.54, daripada penutup Jumaat lalu pada 1,456.38, memetik laporan Bernama. Indeks penanda aras dibuka 1.41 mata lebih rendah kepada 1,454.97. Suasana pasaran negatif, dengan kaunter rugi mendahului untung sebanyak 150 berbanding 148, manakala…










