KUALA LUMPUR: Tourism Malaysia meterai perjanjian kerjasama (MoC) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) selama tiga tahun (2024-2026) dalam usaha meningkatkan industri pelancongan. Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, kerjasama itu menandakan komitmen bersepadu dalam menjadikan Malaysia negara yang menarik kepada pelancong, sekaligus mencapai matlamat yang sama. “Antaranya, kebolehcapaian dipertingkatkan, pelancongan yang lestari, mempunyai pertukaran budaya, menggalakkan promosi dan pemasaran serta mempertingkatkan pengalaman pelanggan,” katanya…










