Tiga pemenang KIIC 2023 terima geran sehingga RM500,000 

Tiga pemenang teratas KIIC 2023 terima geran sehingga RM500,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 mengumumkan tiga pemenang teratas yang masing-masing bakal menerima geran sehingga RM500,000 bagi menyampaikan penyelesaian inovatif dan berdaya maju untuk menangani cabaran perubahan iklim demi keterjaminan makanan di Malaysia.

Tiga pemenang teratas tersebut adalah Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani yang akan menerima geran bagi merealisasikan rancangan perniagaan mereka.

Panel hakim KIIC 2023 memilih pemenang dengan penyelesaian yang paling inovatif dan unik serta impak yang boleh diukur, beroperasi dengan model perniagaan yang mampan dan menawarkan penyelesaian yang sesuai untuk Malaysia

Sementara itu, 12 peserta akhir yang lain pula masing-masing akan menerima geran antara RM150,000 dan sehingga RM400,000.

Sebanyak 15 finalis mewakili perniagaan-perniagaan berimpak di Malaysia telah bertanding bagi merebut peluang mendapatkan pelaburan ekuiti dan/atau pembiayaan hutang dari Khazanah dan rakan-rakan kongsi pembiayaannya.

Ia dalam usaha menyampaikan penyelesaian inovatif bagi menangani cabaran perubahan iklim demi keterjaminan makanan di Malaysia.

Anugerah kepada para pemenang dan finalis disampaikan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Dana Impak Khazanah dan Penjagaan Kesihatan, Bryan Lim.

Amirul Feisal berkata, KIIC 2023 diharapkan dapat menyalurkan sokongan dan modal yang diperlukan bagi pelaksanaan penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk menangani isu keterjaminan makanan.

Katanya, dalam masa yang sama, ia juga diharap dapat memacu daya tahan sosioekonomi dan potensi pertumbuhan untuk negara, seiring dengan strategi ‘Memajukan Malaysia’ kami.”

“Dedikasi dan kebijaksanaan syarikat-syarikat pemula ini bukan sahaja akan menambahbaik landskap agrimakanan tetapi juga berpotensi menyokong keperluan pelbagai isi rumah.

Ketika kita mendepani peningkatan kadar inflasi, ketidaktentuan global dan cabaran yang dibawa perubahan iklim, penyelesaian inovatif yang dipelopori hari ini akan menjadi sumber daya tahan bagi pengguna dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, tiga syarikat pemula berasaskan teknologi, Entomal, Hydroemission dan Kairos, masing-masing menerima Anugerah Pemilihan Rakan Kongsi dengan geran RM10,000 yang ditaja oleh program MYStartup Cradle, sebagai motivasi untuk memajukan lagi perniagaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×