PETALING JAYA: Bilangan tangkapan bagi kesalahan tuntutan palsu meningkat sebanyak 66.9 peratus pada tahun lalu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Tangkapan bagi memberi dan menerima rasuah serta salah guna kedudukan bagaimanapun mencatatkan penurunan dalam tempoh berkenaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan kertas siasatan berkaitan kes rasuah yang dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun lalu merekodkan penurunan 1.0 peratus kepada 820 kes…










