PETALING JAYA: Ringgit didagangkan hampir `mendatar’ pada pembukaan pagi ini berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian baharu di tengah-tengah turun naik yang rendah akibat cuti Kesyukuran di AS. Pada pukul 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.6785/6855 berbanding dolar AS berbanding 4.6775/6830 pada penutup semalam. Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal stabil berbanding dolar AS pada sekitar RM4.68…










