KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd. (Proton) melancarkan Proton S70 pada harga bermula daripada RM73,800 dengan sasaran jualan lebih 3,000 unit sebulan. Sedan segmen-C itu diperkenalkan dengan empat pilihan varian iaitu 1.5T Executive pada harga atas jalan tanpa insurans bermula RM73,800; 1.5T Premium (RM79,800); 1.5T Flagship (RM89,800) dan 1.5T Flagship X (RM94,800). S70 merupakan model sedan pertama dikeluarkan Proton dengan kerjasama Geely. Proton-Geely sebelum ini mengeluarkan tiga model SUV iaitu X70,…










