MGRC, Ant Group jalin kerjasama strategik

MGRC, Ant Group jalin kerjasama strategik

Kunjungan MGRC dan Ant Group ke atas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MGRC Biopharma Sdn. Bhd., anak syarikat Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, telah memeterai kerjasama dengan AntChain Technology Pte Ltd, anak syarikat Ant Group Digital Technologies (Ant Group).

Kerjasama itu untuk menyepadukan kepakaran MGRC dalam perubatan peribadi dan ketepatan dengan kepakaran teknologi Ant Group, terutamanya dalam kebolehkesanan blockchain.

Nadi perkongsian berkisar pada MGRC Biopharma yang mengintegrasikan penyelesaian kebolehkesanan AntChain TaaS oleh AntChain Digital dan dilaksanakan melalui perkongsian tempatan strategiknya dalam sektor penjagaan kesihatan.

Susulan penyepaduan ini, kedua-dua syarikat berminat untuk meneroka spektrum usaha digital yang boleh meningkatkan keberkesanan dan jangkauan tawaran MGRC.

Pengerusi Eksekutif Malaysian Genomics, Azri Azerai berkata, penyepaduan dengan Ant Group adalah lambang komitmen Kumpulan yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi.

“Dengan menjalinkan kebolehkesanan blockchain dalam rangka kerja pengeluaran, kami bukan sahaja meningkatkan keaslian produk tetapi juga mengukuhkan tekad kecemerlangan kami kepada pihak berkepentingan.

“Persepakatan ini adalah bukti aspirasi kami untuk menggabungkan teknologi terkini dengan kepakaran biofarmaseutikal,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengurus Besar Perniagaan Antarabangsa Ant Group, Derrick Loi berkata, berkolaborasi dengan MGRC memantapkan lagi perjalanan Syarikat untuk membantu mempercepatkan transformasi digital dan kerjasama digital merentas industri yang berbeza.

“Bersama-sama, kami merangka arah tuju yang inovatif dari segi teknologi dan penjagaan kesihatan dengan lancar, menetapkan pentas untuk kemajuan penerokaan dalam sektor ini,” katanya.

Sempena pemeteraian kerjasama itu juga, Syarikat telah mengadakan kunjungan ke atas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, membincangkan lebih lanjut mengenai MGRC dan Ant Group  yang dapat menyumbang kepada
pendigitalan industri penjagaan kesihatan.

Sehingga 7 November 2023, harga saham MGRC berada pada 47 sen, dengan permodalan pasaran RM65.2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN