SHAH ALAM: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menerusi subsidiarinya, Malakoff Radiance Sdn. Bhd. menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) bersama Kumpulan Syarikat DRB-HICOM dalam usaha mempercepat inisiatif transisi tenaganya. Perjanjian melibatkan pelaburan berjumlah RM50 juta daripada Malakoff bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan sistem solar fotovoltaik di 14 lokasi Kumpulan Syarikat DRB-HICOM di Selangor, Perak, Kedah, Melaka dan Pahang. Bertempoh 25 tahun, perjanjian itu melibatkan kapasiti 20.78 MWp (megawatt peak) serta penjanaan…










